Posts

Showing posts from October 15, 2017

RESIPI AYAM KOREAN SPICY

Image
Siapa sini suka makan ayam goreng tetapi versi Korea, ayam gorenng khas dengan sos merah pedas? Siapa? Populariti ayam goreng pedas ini boleh dikatakan berkembang pesat sehingga ke luar, malah, KFC pun turut sertakan sekali resepi ayam ini dalam menu mereka. Ayam goreng Korea atau lebih dikenali sebagai   yangnyeom chicken   adalah hidangan ayam goreng yang dihidangkan dalam gaya Korea. Makanan ini dikomsumsi sebagai makanan utama, makanan cepat saji di bar atau sebagai makanan ringan. Ianya, berbeza dengan ayam goreng khas Amerika kerana digoreng dua kali. Hal ini menyebabkan kulit menjadi rangup dan kurang berminyak.  Ayam biasanya diperap dengan rempah-ratus, gula dan garam sebelum dan selepas digoreng. Restoran ayam goreng Korea biasanya menggunakan ayam yang bersaiz kecil atau sederhana, dengan kata lain, ayam yang masih muda dagingnya lebih empuk. Mungkin kalau beli di luar rasa sedikit ataupun sosnya kurang sesuai dengan tekak ataupun kurang pedas, jad...