RESIPI AYAM KOREAN SPICY


Jom Belajar Buat Ayam Goreng Pedas Ala Korea (Yangnyeom Chicken)

Siapa sini suka makan ayam goreng tetapi versi Korea, ayam gorenng khas dengan sos merah pedas? Siapa? Populariti ayam goreng pedas ini boleh dikatakan berkembang pesat sehingga ke luar, malah, KFC pun turut sertakan sekali resepi ayam ini dalam menu mereka.Ayam goreng Korea atau lebih dikenali sebagai yangnyeom chicken adalah hidangan ayam goreng yang dihidangkan dalam gaya Korea. Makanan ini dikomsumsi sebagai makanan utama, makanan cepat saji di bar atau sebagai makanan ringan.Ianya, berbeza dengan ayam goreng khas Amerika kerana digoreng dua kali. Hal ini menyebabkan kulit menjadi rangup dan kurang berminyak. Ayam biasanya diperap dengan rempah-ratus, gula dan garam sebelum dan selepas digoreng. Restoran ayam goreng Korea biasanya menggunakan ayam yang bersaiz kecil atau sederhana, dengan kata lain, ayam yang masih muda dagingnya lebih empuk.

Foto - onehallyu.com

Mungkin kalau beli di luar rasa sedikit ataupun sosnya kurang sesuai dengan tekak ataupun kurang pedas, jadi, sis baik hati nak kongsi resepi. Boleh buat banyak untuk seisi keluarga… :)
Bahan untuk ayam goreng:
  • 16 ketul ayam bahagian kepak
  • 1 sudu kecil garam
  • Secubit lada hitam
  • 1/2 sudu kecil halia parut
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • Minyak untuk menggoreng (kira-kira 5 hingga 6 cawan)
Ini bahagian yang penting untuk menyediakan sos pedas Korea:
  • 2 sudu besar bawang parut
  • 1 sudu besar bawang putih cincang
  • 1 sudu kecil halia parut
  • 1 sudu besar kicap
  • 4 sudu besar cuka kurma
  • 2 – 3 sudu besar sos pedas (jenama Frank Original)
  • 4 sudu besar sos cili atau sos tomato (jenama Heinz)
  • 2 sudu besar sos gochujang
  • 2 sudu besar sirap jagung atau madu
  • 1 sudu besar gula (atau lebih untuk rasa)
  • 1/2 sudu kecil dijon mustard
  • 1 sudu kecil minyak bijan
Bahan hiasan:
1/2 sudu kecil biji bijan
Cara membuat:
  • Mula-mula campurkan ayam dengan garam, lada dan halia. Perap selama 20 hingga 30 minit.
  • Panaskan kuali dengan api yang kecil. Tambah 1 sudu besar minyak masak dan kemudian bawang, bawang putih dan halia. Kacau selama satu minit sehingga wangi. Tambah semua bahan sos yang lain dan kacau rata. Masak hingga pekat kira-kira 4 hingga 5 minit. Matikan api.
  • Buang mana-mana air yang berlebihan dari ayam yang diperap. Gaul ayam dengan tepung jagung hingga sama rata.
  • Tambah minyak ke dalam kuali untuk deep fry. Panaskan minyak kepada 320 ° F. Masukkan ayam ke dalam minyak, satu bahagian pada satu masa. Gorengkan dalam dua kelompok. Masak hingga warna keemasan, kira-kira 5-7 minit, bergantung kepada saiz ayam.
  • Panaskan minyak hingga 370 ° F. Masukkan ayam dan goreng lagi selama 2 hingga 3 minit sehingga keemasan. Letakkan di atas penapis untuk tos minyak.
  • Panaskan sos dengan api kecil. Masukkan ayam dan kacau sama rata, pastikan semua disalut dengan sos pedas. Taburkan dengan bijan.

Comments

  1. Lucky 8 Casino, Reno, NV - Mapyro
    Get directions, reviews and 동두천 출장안마 information 청주 출장안마 for Lucky 8 Casino, Reno, NV. The hotel and casino is located in the heart 고양 출장샵 of the city near the famous Casino  안산 출장샵 Rating: 4 진주 출장마사지 · ‎1 review

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESIPI NASI ARAB MANDY KAMBING

RESEPI CHICKEN CHOP