RESIPI NASI ARAB MANDY KAMBING

Assalamualaikum semua. Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua pembaca yang support saya so harini saya akan bagi satu hadiah untuk para pembaca semuaaaa. JENG JENG JENG.... Apa ye semua? Mestilah nak bagi satu resipi ni. Hujung minggu ni kenalah makan sedap2 sikit tauuuu. Harini kita makan kambing yaawwww hahaahaha tpi kambing beli sendiri lah heheheh. Okay resipi ni senang jee jangan cakap susah nanti bebetul susah kann. Sipa pernah buat nasi arab tak menjadi??siapa??????? haaaa sayalah tu tapi haritu makan habis jugak. ahaha tapi finally untuk percubaan kali kedua nasi menjadi dengan cantiknyaa haa nak tau tak macammana?? STAY TUNED

Bahan2: Serves (4-5 org)

400 gm beras basmathi

1 sdb rempah serbuk mandy

Rempah tumis( sedikit bunga lawang,kulit kayu manis,buah pelaga,buah limau kering,bunga cengkih)

1 1/2 kg kambing (daging dan tulang)

2 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

2 biji cili hijau

3 sdb minyak masak atau minyak sapi ~saya guna minyak sapi

garam

Cara:

Kambing
Rebus kambing sehingga betul-betul empuk (tanpa garam) 
Asingkan daging kambing ke dalam bekas yg lain. Ketepikan.
~ saya masukkan 1 bj sudu steel semasa merebus utk mengempukkan daging dgn cepat. Sebelum tu potongan kambing tu saya basuh dan perap dgn tepung yg dicampur dgn sedikit air utk menghilangkan bau hamis kambing. pastu toskan)

Nasi Mandy
1. Rendam beras 20 minit atau lebih dan toskan.
2. Tumis rempah tumis, hirisan bawang besar dan bawang putih. Apabila bawang garing masukkan rempah serbuk, tumis sebentar dengan api kecil. Tutup api.
3. Campurkan tumisan rempah tadi dan beras ke dalam periuk nasi elektrik.
4. Letakkan 2 sudu kecil pewarna kuning, 2 sudu kecil garam dan 2 biji cili hijiau. (saya skip pewarna tp gantikan dgn saffron)
5. Masukkan 600 ml air rebusan beserta daging ke dalam periuk
6. Tanak dalam rice cooker sehinnga masak.

*saya tumis rempah ratus direct dlm periuk nasi tp menggunakan api dapur. kemudian baru diletakkan dlm rice cooker dan teruskan proses memasak nasi.

Sos Harrah
2 biji tomato
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil perahan lemon
3 bj cili padi
daun ketumbar
garam

Kisar semua bahan tanpa air.
Sedia utk dihidangkan.

Salad Arab
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 batang timun (dipotong dadu)
1 biji bawang besar
Daun ketumbar
garam dan sedikit serbuk lada hitam

Campurkan semua bahan dan gaul rata.



haaaa terliur takkkk baik pergi buat  cepat2 nanti kan mengidam hehe. SELAMAT MENCUBA

Comments

Popular posts from this blog

RESEPI CHICKEN CHOP

RESIPI AYAM KOREAN SPICY