RESEPI CHICKEN CHOP

Assalamualaikum dan selamat pagi 😃. Harini tetiba teringat nak makan makanan barat ataupun dikenali sebagai western. Siapa je pembaca blog saya tak suka makan western kan. Haritu masa saya tengok comment ada yang cadangkan saya untuk membuat makan western.Okay, jadi western ade pelbagai menu yang boleh kita sajikan. Bagi saya western food yang paling saya suka adalah chicken chop. Bagi sayalah hehe dan yang paling yang saya tak gemar adalah spagetti. Cerita pasal spagetti ini ada sesetengah orang gemar kerana ianya diperbuat daripada mee tapi bagi saya meenya kurang sedap sebab itu kekadang kalau rasa nak makan spagetti saya akan gunakan mee kuning haaa pelikkan? haha tapi rasanya memang lain sikit lah. Tapi harini saya bukan nak bagi resipi spagetti hehe tapi saya nak kongsikan resepi chicken chop. Tapi sebelum tu saya nak cerita, kisah saya dengan chicken chop haha. Masa hujung minggu terasa macam nak makan dan saya pun beli lah dengan orang. Diorang COD (Cash On Delivery) dan tuptup sampai dah depan rumah hehe. Nak dijadikan cerita rasa dia tu sungguh tip top dan berpadanan dengan harga (okay masa tu harga dalam Rm7). Tapi fikir balik kalau nak beli selalu membazir jugak dahla hanya sorang yang boleh makan jadi saya pun nak cuba lah buat jugak sampai saya whatsapp pembuat chicken chop ini untuk menanyakan resipi. Alhamdulillah diorang share tapi tapi tidaklah semua iyalah mereka kan berniaga huhu. Jadi saya cuba create sendiri resipi berdasarkan apa penjual itu berikan. Jadi dekat bawah ini resipi yang saya telah tambah untuk jadikannya lebuh sedap dan lebih kurang rasa sama saja dan yang penting bajet kos rendah dan ramai boleh makan heheeh.






Bahan2 :


Ayam :

5 keping paha ayam (buang tulangnya)
5 ulas bawang putih dipotong dadu
2 sb serbuk lada putih
2 biji telur dipukul dengan garfu
Serbuk roti secukupnya (bread crumb ini boleh dibeli dikedai peralatan bakeri)
Sedikit tepung gandum
-gaulkan ayam dengan bawang putih dan lada putih, perap 1 - 2 jam.
-gaulkan ayam dengan tepung gandum.
-celupkan ayam dalam telur.
-golekkan dalam serbuk roti sepenuhnya.
-goreng dalam minyak panas hingga masak.

*kalau tak mahu buat cara diatas, boleh juga salutkan ayam dengan tepung goreng ayam Adabi, Bestari dll, kemudiannya goreng hingga masak.

Sauce/Kuah Chicken Chop :

5 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
1 cawan Demi-Glace Brown Sauce jenama Knorr
3 cawan air
5 - 7 biji cendawan butang dalam tin dipotong kecil
2 sb lada hitam ditumbuk halus
1 sb mentega untuk menumis
-satukan kedua jenis bawang dan kisar halus. Ketepikan.
-satukan air dan brown sauce. Kisar menggunakan blender sekejap supaya ianya sebati tidak berketul.
-panaskan mentega hingga cair. Tumis bawang hingga sedikit garing dan harum baunya.
-masukkan campuran brown sauce dan air tadi. Masukkan cendawan butang dan juga serbuk lada hitam. Masak dalam api perlahan dan sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila kuah mulai pekat dan didih, tutupkan api.
*tak perlu masukkan garam atau gula kerana brown sauce telah cukup rasanya.

Bahan Coleslaw :

1/4 biji kobis (saiz kecil)
1/2 batang karrot
1/4 biji capsicum
5 sb mayonis (anggaran sahaja, lebihkan jika suka)
1 sk gula
1 - 2 sb air perahan limau
-semua bahan sayur dipotong kecil. Gaulkan bersama mayonis, gula dan air perahan limau hingga sebati secukup rasa. Simpan dalam peti sejuk.

Bahan lain :

Kentang Goreng
Daun salad
Hirisan buah tomato
Brokoli
-hanya brokoli dicelur dalam air panas sekejap, yang lain tak perlu celur. (yang ni saya dah bagi cara nak basuh brokoli denagn betul yee ingat tuu)

*pesanan penting dari pembuat chicken chop itu, untuk chicken chop jangan sesekali gunakan bahagian lain kecuali paha ayam dan jangan gunakan lada kering untuk kuahnya. Memang rule nya begitu.
Sekian...

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESIPI NASI ARAB MANDY KAMBING

RESIPI AYAM KOREAN SPICY