RESEPI PAPRIK AYAM ALA THAI

Good morning💓 hari yang cukup indah pada tengahhari nanti kita makan ayam kan?  Tapi ayam sedap dimakan kalau kita masak apa?  Haaa paprik!  Paprik ni sedap tau kalau makan dengan nasi putih dan telur dadar hahaha. Paprik ni dinamakan ala thai sebab mmg diambil dari negara thai okayy. Okay stay tuned!

Bahan-bahan
  • 2 keping dada ayam - hiris nipis
  • 4 biji cili padi - diketuk
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 ulas bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 1 biji cili merah - dihiris serong
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1/2 inci halia - hiris halus
  • 1/2 labu bawang besar - hiris memanjang
  • 1/2 cawan air
  • sedikit garam
  • sedikit kicap manis
Bahan Sayuran
  • 2 biji putik jagung - dihiris
  • 2 tangkai kacang polong - dihiris pendek
  • bunga kobis - dipotong kecil
  • 1/2 biji karot - dihiris memanjang
Cara Memasak Ayam Masak Paprik
Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai

#1: panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hirisan ayam hingga warnanya keputihan. selepas tu toskan dan ketepikan.


#2: sisakan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, halia, dan bawang putih hingga harum. kemudian masukan cili kisar dan tumis kembali hingga pecah minyak.

#3: masukan sedikit kicap manis, sos cili, sos tiram, dan sos tomato kemudian kacau rata. masukan ayam yang digoreng tadi dan gaul hingga rata.

#4: masukan serai, air, dan daun limau purut. masukan sedikit garam secukup rasa dan kacau rata. kemudian masukan sayur-sayuran yang dah dihiris tadi dan bawang besar. selepas tu masak sampai sayur tadi agak empuk.

#5: Akhir sekali, bila dah masak angkat dan hidangkan bersama nasi panas Mmmmm Sedaappp!

Comments

Popular posts from this blog

RESIPI NASI ARAB MANDY KAMBING

RESEPI CHICKEN CHOP

RESIPI AYAM KOREAN SPICY