RESIPI MASAKAN KOREA JJAJANGMYEON
Annyeong haseyoooo haaaaa okay harini sis nak share satu resipi makanan korea yang digemari ramai haaa apa dia??? Jjangmyeon tahu tak ape tu?? Dia sejenis makanan mee warna hitam nanti sis upl gambar dan resepi pastu uolls cuba okay jangam tak cuba pulak lang nanti terliur tgok org korea makan sokmo hehehhe
Inilah jjangmyeon tu haaa terliur tak?
Bahan yang diperlukan:
- 600g mee basah
- 100 g daging lembu
- 2 biji bawang bombay
- 1/2 biji Zukini
- 2 biji kentang
- 1 sudu besar gula pasir
- 4 sudu besar air sagu
- 2 gelas air
- 7 sudu besar minyak
- 6 sudu besar sos Jajangmyun yang disebut Chunjang
Cara membuat Sos Jjajangmyeon:
Untuk pengetahuan semua, sos Jjajangmyeon dibuat dari pes kacang soya hitam yang disebut chunjang yang ditambah dengan bawang merah cincang, Zukini dan daging merah atau makanan laut. Ketika memasak sos biasanya ditambah cornstarch (sejenis pati yang diperbuat daripada tepung jagung) agar sos jadi pekat. Pes kacang soya (chunjang) dibuat dari kacang soya yang dipanggang (dibakar). Oleh kerana itu, jajang mengandungi sos yang digoreng walau sebenarnya sos dimasak dengan cara direbus.
Cara membuat Jjajangmyeon:
- Mula-mula, potong daging.
- Potong dadu bawang bombay, kentang dan zukini.
- Goreng sos Jjajangmyeon dengan 6 sudu besar minyak.
- Panaskan kuali dengan 1 sudu besar minyak lalu goreng bawang bombay.
- Kemudian masukkan daging lembu, zukini dan kentang.
- Setelah bahan-bahan itu matang masukkan sos yang sudah digoreng.
- Kacau supaya semuanya sama rata lalu tuangkan air sagu.
- Setelah dididihkan selama 5 minit, matikan api.
- Kemudian, rebus mee.
- Letak mee dalam mangkuk besar dan tuangkan sos di atasnya.
- Sajikan Jjajangmyeon bersama dengan lobak masin kuning.
Selamat Mencuba Semua!
Sis..Gane org korea boleh makan makanan panas2 ? Dok melecur ke mulut sep ye..
ReplyDelete